Sabtu, 13 September 2014 | 4:10pm
PRESIDEN Ukraine, Petro Poroshenko (kanan) berbincang dengan Perdana Menteri, Arseny Yatseniuk, semasa mesyuarat di Kiev Rabu lalu. - Foto Reuters
PRESIDEN Ukraine, Petro Poroshenko (kanan) berbincang dengan Perdana Menteri, Arseny Yatseniuk, semasa mesyuarat di Kiev Rabu lalu. - Foto Reuters

Putin mahu kembalikan Kesatuan Soviet - PM Ukraine

KIEV: Matlamat Presiden Russia, Vladimir Putin adalah untuk memusnahkan Ukraine sebagai negara berdaulat dan mengembalikan Kesatuan Soviet, kata Perdana Menteri Ukraine, Arseny Yatseniuk.

Bercakap pada satu persidangan di Kiev yang dihadiri penggubal undang-undang dan usahawan Eropah dan Ukraine, Yatseniuk juga mengalu-alukan sekatan baharu ekonomi yang dikenakan terhadap Russia oleh Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat dan berkata tindakan itu menjadi ancaman besar kepada ekonomi Russia.

"Kita masih pada peringkat peperangan dan pelaku utama ialah Persekutuan Russia...Putin mahu satu lagi konflik (di timur Ukraine). Matlamat beliau ialah menakluk keseluruhan Ukraine...Russia adalah ancaman kepada kestabilan global dan keselamatan seluruh Eropah," katanya.

Berita Harian X