Rabu, 3 September 2014 | 5:03pm

Poroshenko, Putin setuju gencatan senjata kekal di timur Ukraine

Presiden Ukraine, Petro Poroshenko (kanan) berjabat tangan dengan rakan sejawatnya dari Russia, Vladimir Putin di Minsk, Belarus pada 26 Ogos lalu. - Foto EPA
Presiden Ukraine, Petro Poroshenko (kanan) berjabat tangan dengan rakan sejawatnya dari Russia, Vladimir Putin di Minsk, Belarus pada 26 Ogos lalu. - Foto EPA

KIEV: Presiden Ukraine, Petro Poroshenko dan rakan sejawatnya dari Russia, Vladimir Putin hari ini mencapai persetujuan untuk "gencatan senjata kekal" di timur Ukraine, menurut kenyataan Pejabat Media Poroshenko.

"Persefahaman bersama itu dicapai mengenai langkah yang akan membolehkan pengwujudan keamanan," menurut kenyataan itu selepas Poroshenko dan Putin berbincang melalui telefon.

Kumpulan pemisah pro-Russia kini memerangi tentera Kiev di wilayah Donbass yang juga kawasan utama industri berat Ukraine dan mencakupi kira-kira 18 peratus daripada pengeluaran ekonomi negara itu. - Reuters

Berita Harian X