Rabu, 27 Ogos 2014 | 1:30pm

15 maut dalam nahas bas-lori di China

BEIJING: Jumlah kematian dalam kejadian kemalangan lori dan bas di barat daya China meningkat kepada 15 orang, manakala 48 lain cedera.

Agensi berita Xinhua melaporkan jumlah mangsa kematian meningkat selepas dua penumpang bas yang cedera meninggal dunia. Dua lagi berada dalam keadaan kritikal.

Kemalangan itu berlaku semalam apabila bas terbabit terbabas ke pembahagi jalan dan terhumban ke atas lori berhampiran bandaraya Jiuquan di wilayah Gansu.

Xinhua berkata mangsa maut itu termasuk dua di dalam trak terbabit dan 13 penumpang bas, yang sepatutnya membawa 55 orang tetapi mempunyai 61 orang, termasuk tujuh kanak-kanak. - AP

Berita Harian X