Selasa, 4 Julai 2017 | 3:20pm
MANSOR memeriksa kamera yang dipasang pada kayak sebelum memulakan ekspedisi. - Foto Mohammad Ishak
MANSOR memeriksa kamera yang dipasang pada kayak sebelum memulakan ekspedisi. - Foto Mohammad Ishak

Pisang bekalkan tenaga kepada pendayung solo jelajah Semenanjung

ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman melepaskan pendayung solo, Osman Omar di Pantai Bukit Keluang, Besut, pagi ini. - Foto Mohammad Ishak
ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman melepaskan pendayung solo, Osman Omar di Pantai Bukit Keluang, Besut, pagi ini. - Foto Mohammad Ishak

JERTIH: Berbekalkan sebiji pisang dan air minuman, Mansor Omar, 70, meneruskan misi berkayak dari Pantai Bukit Keluang, Besut ke Pantai Penarik, Setiu, hari ini.

Beliau yang juga pesara kerajaan berkata, pengambilan pisang dapat memberi tenaga kepadanya ketika berkayak.

Mansor memulakan ekspedisi berkayak dari Pantai Melawi, Bachok, Kelantan dan tiba di Pantai Bukit Keluang pada jam 2 petang semalam, sebelum meneruskan perjalanan pagi ini.

Mengikut perancangan, beliau akan berkayak selama 60 hari dan dijangka tiba di Kuala Perlis pada 9 September depan.

Ekspedisi berkayak itu dilakukan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-60 tahun ini.

"Setakat ini, saya tidak menghadapi sebarang masalah ketika berkayak sepanjang pantai di Kelantan hingga sampai di Besut," katanya yang ditemui pada majlis pelepasan yang dilakukan ahli Dewan Undangan (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman di Pantai Bukit Keluang, pagi ini.

Berita Harian X