Ahad, 25 Jun 2017 | 7:31pm

Moto3: Adam gagal tamatkan perlumbaan

ADAM Norrodin. - Foto Nazran Jamel
ADAM Norrodin. - Foto Nazran Jamel

KUALA LUMPUR: Tiada keputusan dibanggakan dilakar pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin apabila gagal menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Belanda di Litar Assen, sebentar tadi.

Beraksi pada 1 Syawal ketika umat Islam menyambut Aidilfitri, pelumba pasukan SIC Racing itu terus kempunan untuk meraih mata apabila terjatuh di pusingan terakhir.

Lebih mengecewakan, pelumba kelahiran Batu Pahat, Johor itu sentiasa berada di kedudukan kelompok depan dan berpeluang untuk meraih mata kejuaraan.

Perlumbaan dimenangi oleh pelumba Sepanyol, Aron Canet dari pasukan Estrella Galicia 0,0 dengan catatan 38 minit 20.364 saat (s).

Ia diikuti pelumba Itali, Romano Fenati dari pasukan Marinelli Rivacold Snipers manakala pelumba Britain, John McPhee, melengkapkan kedudukan podium.

Selepas berakhir lapan pusingan, pelumba Sepanyol, Joan Mir, menguasai tangga teratas kedudukan pelumba dengan mengumpul 140 mata, manakala Adam di tangga ke-21 selepas sekadar mengutip enam mata.

Keputusan perlumbaan Moto3

1.Aron Canet (SPA) Estrella Galicia 0,0 (Honda), 38m 20.364s

2.Romano Fenati (ITA) Marinelli Rivacold Snipers (Honda), 38m 20.399s

3.John McPhee (GBR) British Talent Team (Honda), 38m 20.481s

4.Jorge Martin (SPA) Del Conca Gresini Moto3 (Honda), 38m 20.674s

5.Jules Danilo (FRA) Marinelli Rivacold Snipers (Honda), 38m 20.896s

6.Marcos Ramirez (SPA) Platinum Bay Real Estate (KTM), 38m 20.958s

7.Gabriel Rodrigo (ARG) RBA BOE Racing Team (KTM), 38m 21.015s

8.Tatsuki Suzuki (JPN) SIC58 Squadra Corse (Honda), 38m 21.043s

9.Joan Mir (SPA) Leopard Racing (Honda), 38m 21.344s

10.Nicolo Bulega (ITA) SKY Racing Team VR46 (KTM), 38m 27.336s

Berita Harian X