Sabtu, 3 Jun 2017 | 9:58pm

GP Itali: Adam mula barisan belakang

PELUMBA moto3 Drive M7 SIC , Adam Norrodin. - Foto Osman Adnan
PELUMBA moto3 Drive M7 SIC , Adam Norrodin. - Foto Osman Adnan

KUALA LUMPUR: Pelumba SIC Racing Team, Adam Norrodin akan memulakan perlumbaan Moto3 Grand Prix Itali esok di barisan belakang selepas sekadar mencatatkan masa ke-23 terpantas selepas merakamkan 1 minit 58.928 saat pada ujian masa, sebentar tadi.

Bagaimanapun, ada peningkatan prestasi ditunjukkan oleh pelumba negara itu berbanding catatan 1:59.453s musim lalu yang menyaksikan Adam bermula di petak ke 31.

Seorang lagi pelumba SIC Racing Team, Ayumu Sasaki sekadar berada di petak ke 25 dengan catatan 1:59.042s.

Petak depan dihuni oleh pelumba Del Conca Gresini Moto3, Jorge Martin memastikan catatan terpantas buat kali keempat tahun ini dengan masa 1:57.176s.

Melengkapkan barisan depan bersama Martin adalah pelumba British Talent Team, John McPhee dan pendahulu keseluruhan, Joan Mir (Leopard Racing).

Keputusan

1. Jorge Martin (Sepanyol) Honda 1:57.176s

2. John McPhee (Britain) Honda 1:57.324s

3. Joan Mir (Sepanyol) Honda 1:57.370s

4. Fabio Di Giannantonio (Itali) Honda 1:57.595s

5. Nicolo Bulega (Itali) KTM 1:57.768s

6. Juanfran Guevara (Sepanyol) KTM 1:57.912s

7. Romano Fenati (Itali) Honda 1:57.954s

8. Marcos Ramirez (Sepanyol) KTM 1:57.978s

9. Bo Bendsneyder (Belanda) KTM 1:57.993s

10. Tatsuki Suzuki (Jepun) Honda 1:58.053s

- REUTERS

Berita Harian X