Jumaat, 2 Jun 2017 | 5:16pm

Chelsea terima imbuhan tertinggi EPL musim ini

LONDON: Juara Inggeris, Chelsea menerima imbuhan melebihi 150 juta pound sterling (RM826.6 juta) musim ini - tertinggi dalam saingan Liga Perdana.

Jumlah itu hampir 60 juta pound (RM330.4 juta) lebih banyak berbanding diterima juara musim lalu, Leicester City.

Imbuhan diterima The Blues itu merangkumi hak penyiaran dibayar stesen televisyen dan kontrak domestik yang menyaksikan semua 20 kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berkongsi sejumlah 2.4 bilion pound (RM13.2b).

Menurut laporan di laman sesawang EPL, Leicester yang menerima 93 juta pound (RM512.2 juta) selepas muncul juara musim lalu, dibayar sebanyak 116 juta pound (RM640.2 juta) musim ini, walaupun berada di tangga ke-12.

Naib juara, Tottenham Hotspur pula menerima 145 juta pound (RM798.3 juta) - kurang sedikit berbanding Manchester United dan Liverpool, disebabkan perbezaan taraf stadium.

Hak domestik untuk menyiarkan EPL dijual pada harga 5.1 juta bilion (RM28.1 b) untuk tiga musim. - jauh berbeza dengan perjanjian sebelum ini.

Liga berkongsi hasil daripada perjanjian komersial pusat dan hak penyiaran luar negara secara sama rata.

Ini bermakna semua 20 kelab memperoleh hampir 5 juta pound (RM27.6 juta) pada perjanjian sebelum ini dan 39 juta pound (RM215.2 juta) musim ini. - AFP

Berita Harian X