Isnin, 15 Mei 2017 | 10:50pm

PGM buka penyertaan pemain profesional wanita negara

KUALA LUMPUR: Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM) memutuskan untuk membuka penyertaan kepada pemain golf profesional wanita negara beraksi pada kejohanan Jelajah PGM.

KUALA LUMPUR 18 JULY 2016. Chairman The Professional Golf of Malaysia (PGM), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid during press conference PGM-UMW Road to Olympics 2016 at Kuala Lumpur Golf and Country Club. NSTP/NUR ADIBAH AHMAD IZAMNUR ADIBAH AHMAD IZAM
KUALA LUMPUR 18 JULY 2016. Chairman The Professional Golf of Malaysia (PGM), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid during press conference PGM-UMW Road to Olympics 2016 at Kuala Lumpur Golf and Country Club. NSTP/NUR ADIBAH AHMAD IZAMNUR ADIBAH AHMAD IZAM

Pengerusinya, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata keputusan itu dibuat sebagai sebahagian daripada inisiatif PGM membantu pemain golf wanita negara layak bersaing pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

"Peserta akan dihadkan kepada pemain golf profesional wanita Malaysia, yang juga pemegang kad Jelajah PGM.

"Keputusan ini adalah sebahagian inisiatif PGM sebagai persediaan untuk penyertaan pemain Malaysia pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

"Hadiah kemenangan berasingan bagi pemain golf wanita, dan ia tidak akan menjejaskan hadiah wang tunai yang telah diperuntukkan untuk Jelajah PGM (bagi pemain lelaki)," kata Ahmad Sarji dalam kenyataan, hari ini.

"Memandangkan hanya terdapat sebilangan kecil pemain golf profesional wanita di Malaysia ketika ini, penyertaan mereka dalam jelajah berkenaan akan diselaraskan dalam Kejohanan Tertutup PGM, yang akan bermula lebih awal daripada saingan bagi pemain lelaki," katanya.

Berikutan tidak ramai pemain profesional wanita Malaysia pada masa ini, kejohanan sulung Wanita PGM akan diadakan serentak dengan Kejohanan Golf Perlis di Kangar, 21 hingga 24 Mei ini.

Tiga pemain golf profesional wanita - Michele Low, Michelle Koh dan Ainil Johani Abu Bakar sudah mengesahkan penyertaan pada kejohanan berkenaan. - BERNAMA

Berita Harian X