Isnin, 24 April 2017 | 10:00am

Kante pemain terbaik tahunan PFA

N'GOLO Kante melengkapkan gelaran berganda musim ini apabila dipilih sebagai Pemain Tahunan Terbaik oleh Persatuan Penulis Sukan Bola Sepak Britain (FWA). - Foto AFP
N'GOLO Kante melengkapkan gelaran berganda musim ini apabila dipilih sebagai Pemain Tahunan Terbaik oleh Persatuan Penulis Sukan Bola Sepak Britain (FWA). - Foto AFP

LONDON: Persembahan memukau N'Golo Kante bersama Chelsea pada musim ini membantunya untuk dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) Inggeris, pagi tadi.

Arkitek tengah Perancis berusia 26 tahun itu mengatasi barisan pemain bintang yang disenaraikan sebagai calon akhir termasuk penyerang Tottenham, Harry Kane dan ayam tambatan Everton, Romelu Lukaku.

Ia mungkin bukan trofi terakhir dijulang Kante pada kempen musim ini - tidak seperti bekas rakan sepasukan di Leicester City kerana kini dia berada di ambang muncul selaku pemain pertama memenangi gelaran liga berturut-turut bersama dua kelab berbeza.

"Untuk dipilih oleh pemain lain sebagai pemain terbaik tahunan ia membawa makna yang amat besar buat saya," kata Kante.

"Saya melalui dua musim yang menakjubkan, satu bersama Leicester dan kini sedang mengharungi kempen yang hebat dengan Chelsea," katanya.

Kante juga menyifatkan pengurus Chelsea, Antonio Conte sama seperti bekas pengurusnya di Leicester, Claudio Ranieri, kerana berjaya menanam mentaliti kemenangan ke atas pemain. - AFP

Berita Harian X