Selasa, 18 April 2017 | 8:02am
Pengerusi Brighton and Hove Albion, Tony Bloom meraikan kejayaan pasukannya menewaskan Wigan Athletics di Stadium AMEX, di Brighton. - Foto AP
Pengerusi Brighton and Hove Albion, Tony Bloom meraikan kejayaan pasukannya menewaskan Wigan Athletics di Stadium AMEX, di Brighton. - Foto AP

Brighton naik ke EPL selepas 34 tahun

PENYOKONG Brighton and Hove Albion meraikan kejayaan pasukan apabila kembali dinaikkan pangkat ke Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi. - Foto AP
PENYOKONG Brighton and Hove Albion meraikan kejayaan pasukan apabila kembali dinaikkan pangkat ke Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi. - Foto AP

LONDON: Brighton and Hove Albion menamatkan penantian selama 34 tahun apabila kembali dinaikkan pangkat ke Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.

Peneraju Liga Kejuaraan, Brighton menewaskan Wigan Athletic 2-1 dan peningkatan itu disahkan selepas Huddersfield Town hanya terikat 1-1 di Derby County dalam aksi awal pagi tadi.

Huddersfield perlu menang bagi menangguhkan pesta keraian Brighton tetapi keputusan itu membolehkan The Seagulls kini 13 mata mengatasi Reading dengan berbaki tiga perlawanan.

Glenn Murray membuka tirai jaringan buat Brighton seawal minit kelapan di depan penyokong sendiri di Stadium Amex sebelum Solly March menjadikan kedudukan 2-0.

Dan gol daripada pemain tengah gantian Wigan Nick Powell sudah terlambat untuk mengubah keputusan itu.

Kekalahan pasukan tangga kedua Newcastle 3-1 di tangan Ispwich, semalam tampak meletakkan The Seagulls kini berada dalam kedudukan terbaik untuk bergelar juara.

Pengurus Brighton, Chris Hutton memuji kesungguhan dan semangat juang yang diperagakan pemainnya pada musim ini selepas dikecewakan pada saat akhir kempen lalu.

"Saya begitu bangga dengan cara bagaimana kami bangkit (daripada kekecewaan musim lalu)," katanya. "Saya tahu kami memiliki kelompok pemain yang boleh melakukannya. - AFP

Berita Harian X