Jumaat, 14 April 2017 | 10:23pm

Pingat emas Olimpik Tokyo jadi pelengkap Jijoe

MUHAMMAD Ali (gambar kecil) menjadi inspirasi utama jaguh kierin dunia, Azizulhasni Awang meraih kejayaan demi kejayaan dengan menepis rasa gentar berdepan lawan lebih hebat di gelanggang. - Foto AFP
MUHAMMAD Ali (gambar kecil) menjadi inspirasi utama jaguh kierin dunia, Azizulhasni Awang meraih kejayaan demi kejayaan dengan menepis rasa gentar berdepan lawan lebih hebat di gelanggang. - Foto AFP

IPOH: Legenda tinju, Muhammad Ali menjadi inspirasi utama jaguh kierin dunia, Azizulhasni Awang meraih kejayaan demi kejayaan dengan menepis rasa gentar berdepan lawan lebih hebat di gelanggang.

Perkara itu didedahkan oleh isteri jagoan dunia itu, Athiah Ilyani Abd Samad yang mengakui suaminya suka mendengar kata-kata perangsang tokoh berjaya terutama Muhammad Ali.

"Setiap hari atau ketika memandu dia akan mendengar ucapan serta kata perangsang bekas juara heavyweight dunia itu untuk mengambil semangat daripadanya.

"Muhammad Ali menjadi pendorong dan penyemarak semangat Jijoe," kata Athiah ketika ditemui di kediaman bapanya di Taman Meru, dekat sini, hari ini.

Athiah berkata, kejayaan suaminya juga berikutan disiplin tinggi, dedikasi serta kerja keras Azizulhasni.

"Dia mempunyai cita-cita tinggi iaitu menjadi juara dunia dan meraih emas Olimpik.

ISTERI Azizulhasni Awang, Athiah Ilyana Abd Samat, 31, dan anak-anak Amna Khadeeja, 1, dan Amna Maryam, 4, berbangga dengan Azizul yang memenangi pingat emas dalam keirin pada 2017 Track Kejohanan Dunia Berbasikal di Hong Kong semalam. Mereka menyampaikan kebahagiaan mereka ketika ditemui di rumah mereka di Persiaran Bukit Meru, Ipoh. - Foto Muhaizan Yahya

"Sehubungan dia berusaha gigih untuk membuat persediaan bagi menghadapi kejohanan.

"Alhamdulillah satu daripada impiannya sudah tercapai dan kini dia akan berusaha untuk merealisasikan buruan emas Olimpik di Tokyo.

"Sudah tentu saya gembira. Dia kini bergelar juara . Malah dia anak pertama Malaysia dan Asia muncul juara acara kierin.

"Alhamdulillah doa kami dimakbulkan dia berjaya melakukannya di Hong Kong, " katanya.

Pelumba berasal dari Terengganu yang bergelar The Rocket Pocketman itu sebelum ini meraih pingat gangsa acara sama di Sukan Olimpik Rio tahun lalu.

Katanya, Azizul menghubunginya selepas perlumbaan semalam untuk memaklumkan mengenai kejayaan itu.

Begitupun, Azizul kandas pada pusingan pertama acara pecut individu petang tadi.

Berita Harian X