Sabtu, 25 March 2017 | 7:52am

Everton tempang bertemu Liverpool

PEMAIN Everton, Romelu Lukaku ketika beraksi dengan pemain pihak lawan Hull City, Andrea Ranocchia. - Foto Reuters
PEMAIN Everton, Romelu Lukaku ketika beraksi dengan pemain pihak lawan Hull City, Andrea Ranocchia. - Foto Reuters

LONDON: Everton ibarat 'jatuh ditimpa tangga' menjelang pertembungan dengan Liverpool minggu depan apabila dua pemainnya mengalami kecederaan ketika membantu Ireland berdepan Wales di Stadium Aviva di Dublin, awal pagi tadi.

Pemain pertahanan, Seamus Coleman, dijangka diketepikan untuk jangka masa panjang selepas kakinya patah ketika bertembung dengan pertahanan Wales, Neil Taylor.

James McCarthy, yang mengemudi jentera tengah pula dikeluarkan daripada senarai pasukan sebelum bermulanya permainan selepas mengalami kecederaan hamstring.

Kecederaan yang berulang itu tampak bakal menyukarkan lagi hubungannya dengan pengurus Everton Ronald Koeman dan boss Ireland, Martin O'Neill.

Liverpool dijadual melayan kunjungan Everton pada 1 April ini. - REUTERS

Berita Harian X