Rabu, 15 March 2017 | 8:14am

Casillas pecah rekod penampilan Maldini

IKER Casillas. - Foto Reuters
IKER Casillas. - Foto Reuters

TURIN (ITALI): Iker Casillas mencipta rekod baharu ketika mewakili Porto dalam kelompok 16 terbaik Liga Juara Juara, aksi timbal balik menentang Juventus untuk penampilan ke-175 miliknya di kejohanan Eropah.

Casillas, yang sebelum ini bersama Real Madrid, bermula untuk Porto di Turin dan mengatasi pencapaian legenda AC Milan, Paolo Maldini yang melakukan 174 penampilan dalam kejohanan Eropah dan memenangi lima piala Eropah.

Bekas pemain tengah Barcelona, Xavi Hernandez, juara empat kali Liga Juara Juara, berada di tangga seterusnya dengan 173 penampilan.

Casillas, 35, yang tampil sebanyak 157 kali untuk Real Madrid dalam kejohanan UEFA dan tiga kali memenangi Liga Juara Juara sebelum menyertai Porto pada tahun 2015, perlu menanti sehingga musim depan untuk melebarkan rekodnya.

Porto, yang mengalami kekalahan 2-0 di laman sendiri pada aksi pertama, tewas 3-0 secara agregat selepas juara Itali itu merakam kemenangan 1-0 pada aksi timbal balik. - AFP

Berita Harian X