Isnin, 13 Februari 2017 | 2:05am
PEMAIN Leicester City, Demarai Gray (kanan) cuba diasak pemain Swansea City, Wayne Routledge dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Liberty. - Foto Reuters
PEMAIN Leicester City, Demarai Gray (kanan) cuba diasak pemain Swansea City, Wayne Routledge dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Liberty. - Foto Reuters
REMBATAN pemain Leicester City, Islam Slimani (kanan) diselamatkan penjaga gol Swansea City, Lukasz Fabianski. - Foto Reuters
REMBATAN pemain Leicester City, Islam Slimani (kanan) diselamatkan penjaga gol Swansea City, Lukasz Fabianski. - Foto Reuters
PEMAIN Swansea City, Martin Olsson (kiri) meraikan jaringan bersama rakan pasukan. - Foto Reuters
PEMAIN Swansea City, Martin Olsson (kiri) meraikan jaringan bersama rakan pasukan. - Foto Reuters
PEMAIN Swansea City, Leroy Fer cuba dihalang pemain Leicester City, Danny Drinkwater (kanan) dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Liberty. - Foto Reuters
PEMAIN Swansea City, Leroy Fer cuba dihalang pemain Leicester City, Danny Drinkwater (kanan) dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Liberty. - Foto Reuters

Giliran Swansea malukan Leicester

PEMAIN tengah Swansea City, Jack Cork (kiri) bersaing dengan pemain Leicester City, Riyad Mahrez dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Liberty. - Foto AFP
PEMAIN tengah Swansea City, Jack Cork (kiri) bersaing dengan pemain Leicester City, Riyad Mahrez dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Liberty. - Foto AFP

LONDON: Penyandang juara, Leicester City terus dipalit malang apabila dimalukan Swansea 2-0 pada pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.

Tiba ke Stadium Liberty dengan harapan besar untuk bangkit selepas empat kekalahan berturut-turut dalam saingan liga, Leicester begitupun pulang hampa sekali gus menambah tekanan buat pengurus, Claudio Ranieri.

Beraksi menggunakan barisan terbaik termasuk penyerang, Jamie Vardy dan pemain terbaik liga musim lalu, Riyad Mahrez tidak banyak yang mampu dilakukan The Foxes.

Sebaliknya, prestasi mereka jelas goyah dengan penguasaan tuan rumah yang meledak gol pertama pada minit ke-37 menerusi jaringan Alfie Mawson.

Berpunca daripada tandukan Federico, Mawson yang berada di kedudukan terbaik tidak melepaskan peluang untuk merembat voley untuk menewaskan Kasper Schmeichel.

Ketika permainan babak pertama tampak berakhir tanpa tambahan jaringan, Swansea meledak gol kedua menerusi Martin Olsson berpunca daripada gerakan Gylfi Sigurdsson pada masa kecederaan.

Terdesak dengan keputusan itu, Leicester melakukan dua pertukaran pada permulaan babak kedua dengan mengeluarkan Marc Albrighton dan Christian Fuchs dan digantikan dengan Islam Slimani dan Ben Chilwell.

Begitupun, di sebalik perubahan, tuan rumah terus menguasai permainan namun tiada tambahan jaringan dilakukan untuk kedudukan kekal 2-0 sehingga wisel ditiupkan.

Kekalahan menyaksikan Leicester turun satu anak tangga ke kedudukan ke-17 liga manakala Swansea mendaki tiga anak tangga ke tempat ke-15. - AGENSI

Berita Harian X