Ahad, 12 Februari 2017 | 7:07pm

KB Petaling Jaya juara SSPL

KELAB Badminton Petaling Jaya menjadi juara pada kejohanan badminton akhir SS Purple League di Arena Of Stars, Genting Highlands. - Foto Asyraf Hamzah
KELAB Badminton Petaling Jaya menjadi juara pada kejohanan badminton akhir SS Purple League di Arena Of Stars, Genting Highlands. - Foto Asyraf Hamzah

GENTING HIGHLANDS: Kelab Badminton (KB) Petaling Jaya merangkul gelaran sulung saingan SS Purple League (SSPL) selepas menewaskan KB Puchong United, 13-9 pada aksi final di Arena of Stars, Resort World Genting, sebentar tadi.

Dalam acara perseorangan lelaki, pemain KB Puchong United ,Chou Tien Chen terlebih dulu meletakkan pasukannya di depan apabila bangkit menumpaskan wakil KB Petaling Jaya, Dani Harsheel dengan keputusan 6-11, 8-11, 11-3, 11-7, 11-8 (3-2).

KB Puchong United terus memungut mata apabila pemain perseorangan wanita mereka, Tai Tzu Ying mengalahkan Deng Xuan 10-11,9-11, 11-9, 11-8, 5-0 (3-2) dalam tempoh 30 minit permainan.

Bagaimanapun, gandingan beregu lelaki, Kim Sa-rang dan Koo Kien Keat kembali meletakkan KB Petaling Jaya hadapan dengan mendahului kutipan mata 7-6. Mereka garang menumpaskan gandingan Lim Khim Wah dan Tan Chee Tean 11-5, 11-9, 11-9 (3-0).

Aksi beregu campuran menyaksikan Shin Baek Cheol dan Woon Khe Wei terus mengukuhkan kedudukan KB Petaling Jaya melalui kemenangan 5-11, 11-8, 11-9, 9-8 (3-1) ke atas Christinna Pedersen dan Yoo Yeon Seong - menjadikan pungutan mata 10-7 memihak kepada mereka.

 KELAB Badminton Petaling Jaya menjadi juara pada kejohanan badminton akhir SS Purple League di Arena Of Star, Genting Highland. - Foto Asyraf Hamzah
KELAB Badminton Petaling Jaya menjadi juara pada kejohanan badminton akhir SS Purple League di Arena Of Star, Genting Highland. - Foto Asyraf Hamzah

Goh Giap Chin yang turun dalam acara perseorangan lelaki selepas itu hanya perlu mencari satu mata bagi memastikan kemenangan menjadi milik pasukan KB Petaling Jaya.

Pemain ini menceriakan kem KB Petaling Jaya apabila tenang mengatasi pemain KB Puchong United, Soo Teck Zhi 11-4, 11-8, 7-11, 9-11, 11-8 (3-2) sekali gus mengesahkan kejuaraan SSPL musim 2016/17 menjadi milik pasukan itu.

KB Petaling Jaya membawa pulang trofi kemenangan dan hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 manakala KB Puchong United yang bergelar naib juara menerima RM250,000.

Berita Harian X