Ahad, 1 Januari 2017 | 10:58am

KB Puchong United rampas takhta SSPL

AKSI Goh Liu Ying (kanan) dan Lim Khim Wah ketika membantu KB Puchong United menewaskan KB Bangsar Hawks dalam saingan SSPL.
AKSI Goh Liu Ying (kanan) dan Lim Khim Wah ketika membantu KB Puchong United menewaskan KB Bangsar Hawks dalam saingan SSPL.

KUALA LUMPUR: Kelab Badminton (KB) Puchong United merampas takhta pendahulu SS Purple League (SSPL) musim ini selepas mengatasi lawannya, KB Bangsar Hawks 13-5, semalam.

Kemenangan KB Puchong United itu meletakkan mereka di tangga teratas SSPL berkongsi mata dengan KB Petaling Jaya yang turut mengutip 67 mata keseluruhan setakat ini.

Namun, kelebihan jumlah kemenangan yang dimiliki KB Puchong United membolehkan mereka berada di tangga pertama liga.

Chong Wei Feng menghadiahkan mata pertama KB Puchong United apabila menang ke atas Wan Chia Hsin 6-11, 11-7, 11-4, 11-4 (3-1) sebelum Li Yi Ying menyamakan kedudukan dalam acara perseorangan wanita dengan menewaskan Sayaka Takahasi dengan 11-7, 11-7, 7-11, 6-4 (3-1).

Acara beregu lelaki, beregu campuran dan perseorangan lelaki kedua turut menyaksikan penguasaan wakil KB Puchong United yang menang ke atas lawan masing-masing.

"Saya hanya mengharapkan dapat beraksi baik dan memberikan kemenangan kepada pasukan sekali gus membawa KB Puchong United ke pentas final Purple League kali ini," kata Goh Liu Ying yang bergandingan dengan Lim Khim Wah dalam acara beregu campuran.

Dalam satu lagi satu perlawanan KB Ampang Jaya menewaskan KB Serdang 11-9.

Berita Harian X