Jumaat, 23 Disember 2016 | 11:07pm

Pemain badminton Puchong United terus cemerlang

PEMAIN perseorangan lelaki KB Puchong United, Chong Wei Feng. - Foto Zunnur Al Shafiq
PEMAIN perseorangan lelaki KB Puchong United, Chong Wei Feng. - Foto Zunnur Al Shafiq

KUALA LUMPUR: Kelab Badminton (KB) Puchong United meneruskan rentak kecemerlangan dalam memburu slot ke pusingan kalah mati saingan SS Purple League dengan menewaskan KB Kepong 10-9 di Gem In Mall, Cyberjaya, hari ini.

Selepas tiga perlawanan, KB Puchong United merekodkan dua kemenangan dan satu kalah, manakala KB Kepong sekadar mencatat satu kemenangan.

Pemain perseorangan lelaki KB Puchong United, Chong Wei Feng, menyumbangkan mata pertama selepas mengatasi Lim Chi Wing dengan keputusan 11-7, 11-8, 5-11 (2-1).

Dalam aksi perseorangan wanita, Pan Lu dari KB Puchong United dan Tee Jing Yi dari KB Kepong terikat seri 2-2 dengan keputusan 11-4, 7-11, 11-10, 7-11 untuk berkongsi mata.

Saingan beregu lelaki turut berakhir dengan keputusan seri selepas Lim Khim Wah-Low Juan Shen ,yang menggalas cabaran KB Puchong United terikat 11-7, 11-9, 6-11, 6-7 (2-2) bertemu Hafiz Hashim-Razif Latif.

Berita Harian X