Jumaat, 23 Disember 2016 | 9:33am

Rodgers tidak suka padang tiruan

PENGURUS Celtic, Brendan Rodgers. - Foto Getty
PENGURUS Celtic, Brendan Rodgers. - Foto Getty

GLASGOW: Pengurus Celtic, Brendan Rodgers mengakui dia tidak meminati plastik apabila juara Scotland itu dalam persiapan untuk perlawanan di Hamilton.

Pendahulu liga itu akan beraksi di Hamilton pagi esok di permukaan sintetik diluluskan FIFA dalam usaha untuk mengekalkan jurang 14 mata daripada musuh ketat mereka, Rangers dalam carta Liga Perdana Scotland.

Rodgers yang pasukannya tewas 1-0 kepada Kilmarnock di padang tiruan mereka awal musim ini, berharap dapat melihat Celtic mengharungi 21 perlawanan tanpa kalah dalam semua perlawanan di Scotland musim ini.

"Ia sentiasa sukar. Mana-mana jurulatih atau pengurus akan memberitahu anda, perlawanan sentiasa berbeza di padang," kata Rodgers.

"Saya belum dapat melihat permainan yang baik di atas padang plastik tetapi saya harus hormati situasi kerana setiap kelab adalah berbeza.

"Hamilton adalah sebuah kelab bola sepak yang melahirkan ramai pemain muda yang hebat dan itu yang membantu mereka, yang sememangnya berguna, saya hormati mereka."

Bekas pengurus Liverpool dan Swansea itu berkata permukaan padang akan memberikan kesan negatif kepada gaya permainan dan memberikan kesukaran kepada pemain untuk menghiburkan peminat. - AFP

Berita Harian X