Khamis, 15 Disember 2016 | 4:47pm

Murray, Kerber nanti saingan sengit pada 2017

- Lam Thye. FOTO NSTP
- Lam Thye. FOTO NSTP

PARIS: Andy Murray dan Angelique Kerber muncul pemain paling menyerlah pada tahun 2016, mengetepikan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic dan Serena Williams sementara Roger Federer, Rafael Nadal dan Maria Sharapova perlu membina semula karier mereka.

Tewas pada final Terbuka Australia dan Terbuka Perancis kepada Djokovic, Murray bangkit semula pada pertengahan tahun.

Pemain Britain berumur 29 tahun itu memenangi Wimbledon keduanya, muncul pemain pertama yang memenangi pingat emas acara perseorangan dalam dua temasya Olimpik serta merampas kedudukan ranking satu dunia Djokovic, dengan mengakhiri tahun ini dengan lima gelaran, berserta kemenangan dalam 24 perlawanan.

"Ia memerlukan usaha yang besar untuk ke sini tetapi untuk mengulanginya semula tahun depan ia adalah sangat sukar. Saya tidak akan boleh bermain di peringkat sebegini dalam umur saya 30 tahun.

"Pemain muda akan terus cuba membaiki diri," kata Murray mengenai persaingannya dengan Djokovic dalam Final Jelajah Dunia ATP sekali gus memastikan kedudukannya di ranking teratas dunia pada hujung tahun ini.

Ia bukanlah satu kebetulan yang dominasi Murray dalam separuh tahun akhir ini seiring dengan keputusannya mengambil semula Ivan Lendl sebagai sebahagian pasukan kejurulatihan sejurus sebelum Wimbledon.

Namun berbeza, di penghujung 2016, Djokovic berpisah dengan Boris Becker. Ia adalah pengakhiran yang suram buat pemain Serbia berumur 29 tahun itu yang melengkapkan karier Grand Slam dengan mahkota Terbuka Perancis pada Jun lalu.

Gelaran ke-12 pemain itu memberikan dia mengumpul kesemua empat gelaran Grand Slam di tempat yang sama sementara dia muncul pemain pertama memenangi hadiah wang tunai $100 juta (RM446.45 juta). - AFP

Berita Harian X