Jumaat, 25 November 2016 | 9:02am

Rogerio Ceni diumum jurulatih baharu Sao Paulo

Bekas penjaga gol legenda Brazil, Rogerio Ceni dinamakan sebagai jurulatih baharu Sao Paulo.
Bekas penjaga gol legenda Brazil, Rogerio Ceni dinamakan sebagai jurulatih baharu Sao Paulo.

SAO PAULO: Bekas penjaga gol legenda Brazil, Rogerio Ceni yang terkenal dengan penyudah tajamnya di depan gawang semalam dinamakan sebagai jurulatih baharu Sao Paulo.

Dia menggantikan Ricardo Gomez, yang dipecat kelmarin dengan pasukan itu kini terhumban ke kelompok pertengahan saingan domestik utama Brazil itu.

Sao Paulo adalah juga bekas kelab lama Ceni.

Ceni, 43, membuat lebih 1,200 penampilan bersama Sao Paulo - rekod kelab - selepas menyertai pasukan itu pada 1990. Malah, dia turut mencetak 131 gol sepanjang tempoh terbabit.

Dia menjaringkan 69 gol daripada penalti dan 61 menerusi sepakan percuma termasuk satu gol daripada gerakan padang.

Jumlah jaringan yang dihasilkannya itu adalah satu rekod bagi posisi penjaga gol dan turut meletakkannya pada kedudukan ke-10 penjaring terbanyak sepanjang zaman Sao Paulo.

Dia bersara pada Disember lalu dan sejak daripada itu bertungkus lumus dalam usahanya menjadi jurulatih. - AFP

Berita Harian X