Jumaat, 18 November 2016 | 9:43am

JDT tak minat beli `Messi Indonesia'

PEMAIN Selangor, Andik Vermansyah. - Foto Osman Adnan
PEMAIN Selangor, Andik Vermansyah. - Foto Osman Adnan

KUALA LUMPUR: Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak berminat untuk mendapatkan khidmat pemain sayap Selangor, Andik Vermansyah.

Perkembangan itu diumumkan menerusi akaun rasmi Facebook pasukan terbabit, Johor Southern Tigers, sebentar tadi.

Pengendali JDT, Mario Gomez dalam kenyataannya mengesahkan pihak pengurusan kelab itu tidak pernah berbincang atau menawarkan apa-apa kontrak kepada 'Messi Indonesia' itu sebelum ini.

"Andik adalah seorang pemain yang bagus tetapi dia tidak berada dalam perancangan pasukan ini.

"Kami masih kekal dengan barisan pemain sedia ada dan kami mempunyai perancangan tersendiri serta berminat dengan pemain yang lain," katanya.

Baru-baru ini, terdapat khabar angin mengatakan Andik mungkin berhijrah ke JDT selepas juara Piala AFC 2015 itu berminat menggunakan khidmatnya.

Buat masa ini, kuota pemain import Asia bagi juara Piala FA itu diisi pemain tengah Singapura, Hariss Harun.

Berita Harian X