Khamis, 10 November 2016 | 12:22pm

Super KIP kini berentap kelas Moto2

Kualiti udara di Sarawak berada pada tahap berbahaya menyebabkan dua buah sekolah terpaksa ditutup, hari ini. - NSTP/Ihsan Jabatan Bomba Dan Penyelamat
Kualiti udara di Sarawak berada pada tahap berbahaya menyebabkan dua buah sekolah terpaksa ditutup, hari ini. - NSTP/Ihsan Jabatan Bomba Dan Penyelamat

KUALA LUMPUR: Teka teki mengenai kelas perlumbaan bakal disertai Khairul Idham Pawi dalam Kejuaraan Motosikal Dunia tahun depan, akhirnya terjawab apabila namanya berada dalam senarai tidak rasmi pelumba Moto2.

Pelumba pasukan Honda Team Asia itu yang turut dikenali sebagai Super KIP akan menyertai pasukan IDEMITSU Honda Team Asia bersama pelumba Jepun, Takaaki Nakagami.

Pastinya, kehadiran pemenang Grand Prix (GP) Argentina dan Jerman itu bakal menambah kehangatan Moto2 musim depan yang turut disertai Hafizh Syahrin Abdullah yang bersama pasukan PETRONAS Raceline Malaysia.

Khairul Idham bakal menggunakan jentera Kalex - jentera sama seperti digunakan Hafizh.

Berita Harian X