Sabtu, 29 Oktober 2016 | 10:35am

Moto3 Sepang: Binder terpantas sesi latihan ketiga

PELUMBA Redbull KTM Ajo, Brad Binder. - Foto Asyraf Hamzah
PELUMBA Redbull KTM Ajo, Brad Binder. - Foto Asyraf Hamzah

SEPANG: Pelumba Redbull KTM Ajo, Brad Binder mencatat masa ketiga terpantas pada sesi latihan bebas ketiga Grand Prix Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, di sini, hari ini.

Binder dari Russia mencatat dua minit 14.690 saat manakala Jakub Kornfeil (Drive M7 SIC Racing Team) dan Francesco Bagnaia (Pull & Bear Aspar Mahindra Te) masing-masing mencatat 2:14.696s dan 2:14.782s.

Pelumba negara, Adam Norrodin yang mewakili Drive M7 SIC Racing Team pula mencatat masa ke-16 terpantas dengan 2:15.845s.

Dua lagi pelumba negara, Amirul Hafiq Azmi (Peugeot MC Saxoprint) yang beraksi atas tiket 'wild card' dan Khairul Idham Pawi (Honda Team Asia) masing-masing mencatat masa ke-29 dan 30 terpantas dengan 2:16.898s dan 2:17.596s. - BERNAMA

Berita Harian X