Khamis, 27 Oktober 2016 | 3:15pm

Sasaki ganding dengan Adam musim depan

Ahli keluarga kepada seorang remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 ketika perjumpaan tertutup bersama anggota pasukan mencari dan menyelamat di Bilik Gerakan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) susulan mangsa yang dilaporkan hilang pada 4 Ogos lalu di sebuah resort di Pantai, Seremban, Negeri Sembilan. - Foto ihsan PDRM

SEPANG: Juara Red Bull MotoGP Rookies Cup 2016 dari Jepun, Ayumu Sasaki diumumkan sebagai pengganti pelumba Drive M7 SIC, Jakub Kornfeil untuk Kejuaraan Motosikal Dunia, tahun depan.

Sasaki, 16, yang juga juara Asia Talent Cup pada tahun lalu bakal bergandingan dengan pelumba negara, Adam Norrodin yang kini beraksi dalam musim penuh pertamanya.

Pelumba muda yang baharu menyambut hari lahirnya pada awal bulan ini muncul juara keseluruhan dalam Red Bull MotoGP Rookies Cup dengan 250 mata.

"Sasaki bukanlah pelumba asing buat kami dan juga dalam sukan motosikal Malaysia kerana dia pernah menyertai Asia Talent Cup bersama Adam sejak tahun pertama lagi (2014).

"Selain itu, dia juga pernah muncul juara untuk kejohanan itu (2015) selain juara dalam Red Bull Rookies Cup tahun ini.

"Dia sememangnya pelumba yang sangat berbakat dan sangat mengenali Adam dan kini juga mengenali pasukan, jadi saya rasa dia akan menjadi sokongan yang bagus buat pasukan dan Adam sendiri," kata Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali, hari ini.

Jakub yang sudah dua tahun bersama pasukan bakal bersama pasukan Peugeot Saxoprint untuk bergandingan bersama pelumba muda berusia 15 tahun, Patrik Pulkkinen.

Berita Harian X