Rabu, 28 September 2016 | 10:39am

Liga Juara-Juara: Ben Yedder cerahkan peluang Sevilla

PEMAIN Sevilla, Wissam Ben Yedder (depan) meraikan jaringannya pada aksi Liga Juara-Juara menentang Olympique Lyon di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan, Seville. - Foto Reuters
PEMAIN Sevilla, Wissam Ben Yedder (depan) meraikan jaringannya pada aksi Liga Juara-Juara menentang Olympique Lyon di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan, Seville. - Foto Reuters

SEVILLE (Sepanyol): Sevilla melonjakkan diri bagi memasuki peringkat kalah mati Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh enam tahun apabila tandukan Wissam Ben Yedder memastikan kemenangan 1-0 kepada Lyon, hari ini.

Ben Yedder mudah melakukan tandukan ke arah gawang kosong, namun sebelum itu Luciano Vietto tidak dapat melupakannya apabila dia menyepak tinggi penalti lalu terkena palang gawang pada 20 minit sebelum tamat perlawanan

Lyon cuba menjaringkan gol menerusi Nabil Fekir dan Corentin Tolisso, tetapi Sevilla lebih berhak memenangi perlawanan itu di babak kedua.

Kejayaan itu meletakkan pasukan Jorge Sampaoli menyamakan kedudukan dengan Juventus di kedudukan teratas Kumpulan H dengan empat mata selepas juara Itali itu memperoleh kejayaan 4-0 menentang Dinamo Zagreb. Lyon jatuh ke kedudukan ketiga dengan ketinggalan satu mata di belakang.

"Ia adalah sukar untuk digambarkan kerana adanya perbezaan besar antara babak pertama dan kedua," kata Sampaoli.

"Babak kedua adalah setakat ini yang terbaik pernah kami main di Sevilla. Malangnya, kami tidak berjaya mengambil peluang."

Dan jurulatih Lyon, Bruno Genesio berharap ketidak mampuan Sevilla untuk menambah lagi kemenangan bakal berlaku jika tidak mereka berkemungkinan bertemu dalam 16 pasukan terakhir.

"Ada kemungkinan yang ia akan ditentukan pada perlawanan terakhir di laman sendiri menentang Sevilla dan perbezaan gol bakal menjadi penting," kata Genesio. - AFP

Berita Harian X