Sabtu, 24 September 2016 | 7:38am

Jaringan tunggal Sanchez legakan Betis

PEMAIN tengah Real Betis, Joaquin Sanchez. - Foto AFP
PEMAIN tengah Real Betis, Joaquin Sanchez. - Foto AFP

SEVILLA: Pemain tengah, Joaquin Sanchez menanduk gol tunggal bagi memberikan Real Betis kemenangan 1-0 mengatasi Malaga dalam saingan La Liga, awal pagi tadi.

Sejumlah 10 kad kuning dilayangkan di Stadium Benito Villamarin, dekat Seville, dengan enam daripadanya kepada pemain Malaga manakala empat kepada pasukan tuan rumah.

Sanchez, yang meninggalkan padang dengan luka di kepalanya selepas bertembung dengan lawan, menanduk gol kemenangan dari dalam kotak penalti pada pertengahan babak pertama.

Peluang terbaik Malaga hadir daripada pertahanan Uruguay, Federico Ricca, yang melakukan cubaan namun terkena palang pada setiap babak permainan.

Betis melompat ke tangga kelapan dengan lapan mata manakala Malaga jatuh ke tangga ke-16 dengan lima mata.

Pendahulu liga, Real Madrid akan menentang Las Palmas hari ini. - AP

Berita Harian X