Ahad, 11 September 2016 | 12:55am

Penalti Cazorla bantu Arsenal atasi Southampton

PEMAIN Arsenal, Santi Cazorla (kanan) menjaringkan gol ke gawang Southampton menerusi sepakan penalti untuk gol kemenangan Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi. - Foto EPA
PEMAIN Arsenal, Santi Cazorla (kanan) menjaringkan gol ke gawang Southampton menerusi sepakan penalti untuk gol kemenangan Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi. - Foto EPA

LONDON: Jaringan penalti minit terakhir perlawanan oleh Santi Cazorla memberikan Arsenal kemenangan 2-1, mengatasi Southampton dalam saingan Liga Perdana Inggeris, di laman sendiri, yang berakhir sebentar tadi.

Skuad kendalian Arsene Wenger, yang diperkuatkan dengan dua pemain baharu, ketinggalan seawal minit ke-17 apabila sepakan percuma Dusan Tadic terkena palang dan melantun ke gawang selepas terkena badan penjaga gol Petr Cech.

Laurent Koscielny bagaimanapun menyamakan kedudukan pada minit ke-28 sebelum Olivier Giroud dijatuhkan dalam kotak penalti pada minit-minit akhir perlawanan.

Cazorla tenang menyempurnakan sepakan, seterusnya menghadiahkan mata penuh buat Arsenal.

Perlawanan lain menyaksikan Stoke City dibelasah Tottenham Hotspur 4-0, manakala West Ham tewas 2-4 di laman sendiri berdepan Watford.

Middlesbrough pula kecundang 1-2 di tangan Crystal Palace, manakala Bournemouth menang tipis 1-0 berdepan West Brom, sementara Burnley FC seri 1-1 bertemu Hull City. - AGENSI

Berita Harian X