Isnin, 15 Ogos 2016 | 9:17am

Wendy Ng gagal menyerlah

PENERJUN negara, Wendy Ng. - Foto Rosli Rahmat
PENERJUN negara, Wendy Ng. - Foto Rosli Rahmat

RIO DE JANEIRO: Impian penerjun negara, Wendy Ng membawa pulang pingat dari Sukan Olimpik Rio 2016 tidak kesampaian di Pusat Akuatik Maria Lenk, pagi tadi.

Penerjun itu yang tampil kali kedua di Sukan Olimpik selepas London 2012 sekadar menamatkan saingan di tempat ke-10 daripada 12 penerjun selepas mengumpul 306.60 mata menerusi lima terjunan dalam acara 3 meter papan anjal individu wanita.

Keputusan itu jelas mengecewakan selepas dia tampil dengan terjunan kemas untuk berkongsi kedudukan kelima di saingan separuh akhir.

Acara itu dimenangi penerjun China, Shi Tingmao yang menghimpun 406.05 mata, diikuti rakan sepasukan, He Zi (387.90) dan gangsa diraih Tania Cagnotta dari Itali (372.80).

Berita Harian X