Ahad, 14 Ogos 2016 | 7:25pm
PENUNGGANG Sepanyol, Joan Mir (tengah) meraikan kemenangannya bersama pemenang tempat kedua, Brad Binder (kiri) dan Enea Bastianini (ketiga) pada saingan Moto3 Grand Prix (GP) Austria, hari ini. - Foto AFP
PENUNGGANG Sepanyol, Joan Mir (tengah) meraikan kemenangannya bersama pemenang tempat kedua, Brad Binder (kiri) dan Enea Bastianini (ketiga) pada saingan Moto3 Grand Prix (GP) Austria, hari ini. - Foto AFP

Super KIP, Adam gagal menyerlah di GP Austria

SPIELBERG, Austria: Penunggang Sepanyol, Joan Mir yang mewakili Leopard Racing mengungguli saingan Moto3 Grand Prix (GP), Austria di litar sepanjang 99.314 kilometer (km) selepas merakamkan kepantasan 37 minit 23.325 saat, hari ini.

Tempat kedua pula milik pelumba Afrika Selatan, Brad Binder dari pasukan Red Bull KTM Ajo dengan catatan 37'23.604s, manakala ketiga diraih pelumba Itali, Enea Bastianini dari Gresini Racing Moto3 (37'23.756s).

Nasib tidak memihak kepada kedua-dua pelumba negara, apabila Adam Norrodin yang menunggang jentera Honda pasukan Drive M7 SIC Racing Team sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-23 dengan catatan masa 37'40.768s.

Khairul Idham Pawi yang pernah bergelar juara di Argentina dan Jerman pula sekadar menduduki tempat ke-27 daripada 30 pelumba yang menamatkan perlumbaan dengan catatan 38'03.686s.

Adam ketika ini mengumpulkan lima mata manakala Khairul Idham pula 54, masing-masing selepas 10 perlumbaan.

Keputusan:

1 Joan MIR SPA Leopard Racing KTM 37 minit 23.325s

2 Brad BINDER RSA Red Bull KTM Ajo KTM 37'23.604

3 Enea BASTIANINI ITA Gresini Racing Moto3 HONDA 37'23.756

4 Fabio QUARTARARO FRA Leopard Racing KTM 37'23.764

5 Philipp OETTL GER Schedl GP Racing KTM 37'23.925

6 Jorge MARTIN SPA Pull & Bear ASPAR Mahindra T MAHINDRA 37'27.459

7 Bo BENDSNEYDER NED Red Bull KTM Ajo KTM 37'27.486

8 Fabio DI GIANNANTONIO ITA Gresini Racing Moto3 HONDA 37'28.295

9 Nicolo BULEGA ITA SKY Racing Team VR46 KTM 37'28.297

10 LOI BEL RW Racing GP BV HONDA 37'28.587

11 Francesco BAGNAIA ITA Pull & Bear ASPAR Mahindra T MAHINDRA 37'28.740

12 Juanfran GUEVARA SPA RBA Racing Team KTM 37'29.196

13 Andrea LOCATELLI ITA Leopard Racing KTM 37'29.230

14 Maria HERRERA SPA MH6 Team KTM 37'36.100

15 Hiroki ONO JPN Honda Team Asia HONDA 37'36.164

16 Jules DANILO FRA Ongetta-Rivacold HONDA 37'36.267

17 Darryn BINDER RSA Platinum Bay Real Estate MAHINDRA 37'37.415

18 Niccolò ANTONELLI ITA Ongetta-Rivacold HONDA 37'37.731 158.3

19 Jakub KORNFEIL CZE Drive M7 SIC Racing Team HONDA 37'37.842

20 Stefano MANZI ITA Mahindra Racing MAHINDRA 37'37.870

21 Aron CANET SPA Estrella Galicia 0,0 HONDA 37'37.988 158.3

22 Albert ARENAS SPA Peugeot MC Saxoprint PEUGEOT 37'40.457

23 Adam NORRODIN MAL Drive M7 SIC Racing Team HONDA 37'40.768

24 John MCPHEE GBR Peugeot MC Saxoprint PEUGEOT 37'51.631

25 Andrea MIGNO ITA SKY Racing Team VR46 KTM 37'51.730

26 Marcos RAMIREZ SPA Platinum Bay Real Estate MAHINDRA 38'03.538

27 Khairul Idham PAWI MAL Honda Team Asia HONDA 38'03.686

28 Stefano VALTULINI ITA 3570 Team Italia MAHINDRA 38'27.365

29 Fabio SPIRANELLI ITA CIP-Unicom Starker MAHINDRA 38'27.383

30 Lorenzo PETRARCA ITA 3570 Team Italia MAHINDRA 38'27.838

- AGENSI

Berita Harian X