Rabu, 10 Ogos 2016 | 10:33am

Leicester City sedia kekalkan momentum juara

PENGURUS Leicester City, Claudio Raneiri.
PENGURUS Leicester City, Claudio Raneiri.

LONDON: Selepas mencatat sejarah terhebat dalam Liga Perdana dengan merekodkan kejayaan musim lalu, Claudio Raneiri dikelilingi pasukan lain yang berbelanja besar untuk menyekat kemaraan mereka.

Anak didik Raneiri yang ketika itu dibarisi Jamie Vardy, N'Golo Kante and Riyad Mahrez membawa pasukan itu mencipta kejayaan buat kali pertama untuk mereka.

Mempamerkan persembahan mengagumkan biarpun kekurangan perlawanan besar, Leicester menamatkan saingan 10 mata di depan pasukan tempat kedua, Arsenal.

Tewas hanya tiga kali dalam 38 perlawanan liga, tiada siapa boleh mengatasi kehebatan Leicester City untuk menjuarai Liga Perdana buat kali pertama, setahun selepas mereka hampir tersingkir dalam liga.

Dengan Kante berpindah ke Chelsea, Raneiri membawa masuk pemain Perancis, Nampalys Mendy dan pemain Wales, Andy King untuk mengisi kekosongan.

Mendy dilihat sebagai pengganti Kante untuk tempoh masa panjang tetapi sementara dia menyesuaikan diri dengan Liga Perdana, King mungkin diturunkan pada perlawanan pembukaan menentang Hull pada Sabtu ini kerana lebih berpengalaman.

"Jika Chelsea membeli Kante, ini kerana dia beraksi seperti dua pemain pada musim lalu," kata Raneiri.

"Kini semua orang mesti faham yang kini Kante tiada, jadi kami perlu berfikir dengan cara berbeza dan mengisi kekosongan itu lebih cepat. Kami perlu lebih bijak,"

King perlu membuktikan bahawa ketiadaan Konte akan dilupakan terutama sekali apabila bersaing dengan kelab terkemuka. - AFP

Berita Harian X