Rabu, 10 Ogos 2016 | 6:22am
Penerjun negara, Pandelela Rinong Pamg (kiri) dan Cheong Jun Hoong memenangi pingat perak acara 10m platform serentak wanita di Pusat Aquatik Maria Lenk Rio. - Foto NSTP/Rosli Rahmat
Penerjun negara, Pandelela Rinong Pamg (kiri) dan Cheong Jun Hoong memenangi pingat perak acara 10m platform serentak wanita di Pusat Aquatik Maria Lenk Rio. - Foto NSTP/Rosli Rahmat

Pandelela-Jun Hoong sumbang pingat pertama

PENERJUN negara, Pandelela Rinong Pamg (kiri) dan Cheong Jun Hoong memenangi pingat perak acara 10m platform serentak wanita di Pusat Aquatik Maria Lenk Rio. - Foto NSTP/Rosli Rahmat
PENERJUN negara, Pandelela Rinong Pamg (kiri) dan Cheong Jun Hoong memenangi pingat perak acara 10m platform serentak wanita di Pusat Aquatik Maria Lenk Rio. - Foto NSTP/Rosli Rahmat

RIO DE JANEIRO: Gandingan Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong menyumbang pingat pertama Malaysia di Sukan Olimpik Rio 2016 apabila memenangi pingat perak dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita di Pusat Akuatik Maria Lenk, sebentar tadi.

Gandingan itu mengumpul 344.34 mata dalam lima terjunan.

Emas acara itu dimenangi pasangan China, Chen Ruolin-Liu Hui Xia yang mengumpul 354 mata.

Tempat ketiga pula diraih gandingan Kanada Meaghan Benfeito-Roseline Filion yang mengutip 336.18 mata.

Berita Harian X