Khamis, 30 Jun 2016 | 12:38pm

Wimbledon: Federer tamatkan kemaraan Willis

WILLIS (kiri) tewas kepada Federer, 6-0, 6-3, 6-4 dalam pusingan kedua saingan tenis Wimbledon, semalam. - Foto Reuters
WILLIS (kiri) tewas kepada Federer, 6-0, 6-3, 6-4 dalam pusingan kedua saingan tenis Wimbledon, semalam. - Foto Reuters

LONDON: Tumpuan yang diperoleh oleh Marcus Willis berakhir apabila ditewaskan Roger Federer, sementara Novak Djokovic merekodkan kemenangan ke-30 berturut-turut di Grand Slam.

Willis pemain nombor 772 dunia yang sudah bermain dalam tujuh perlawanan, ditundukkan 6-0, 6-3, 6-4 dalam pusingan kedua saingan tenis Wimbledon, di sini, semalam.

Hanya Federer dan Djokovic berjaya menamatkan pusingan kedua semalam selepas 90 minit saingan menyaksikan hujan.

Hanya 18 daripada 62 perlawanan yang dijadual dilangsungkan, berjaya ditamatkan.

Federer, 34, yang pemegang rekod 17 kemenangan major, tidak menghadapi masalah, berdepan hanya dua mata break dalam masa 84 minit.

"Marcus membawa tenaga yang sukar dipercayai ke dalam gelanggang dengan peminat, cara permainan dan personalitinya," katanya.

Juara bertahan, Djokovic pula menundukkan Adrian Mannarino, yang turut menyambut ulang tahun ke-28, dengan 6-4, 6-3, 7-6 (7/5) bagi melangkah ke pusingan ketiga.

Pemain pilihan utama itu dalam buruan untuk memenangi gelaran ketiga berturut-turut di All England Club dan empat secara keseluruhan, memenangi kemenangan ke-30 Grand Slam bagi berada di tempat kedua di belakang Don Budge, yang memperoleh 34 kemenangan pada 1938. - AFP

Berita Harian X