Jumaat, 24 Jun 2016 | 8:18am

Perancis ganti rumput Stadium Lille

KEADAAN permukaan padang ketika pekerja menjalankan kerja mengganti rumput baru di Stadium Pierre Mauroy, Villeneuve d'Ascq, Lille. - Foto AP
KEADAAN permukaan padang ketika pekerja menjalankan kerja mengganti rumput baru di Stadium Pierre Mauroy, Villeneuve d'Ascq, Lille. - Foto AP

LILLE: Permukaan padang Stadium Lille untuk aksi Euro 2016 sudah diganti semalam selepas pelbagai kritikan hebat mengenai keadaan padang terbabit.

UEFA mengakui padang itu mengalami 'kerosakan yang tidak boleh diperbaiki semula' berikutan cuaca buruk yang melanda Lille beberapa minggu kebelakangan ini.

Stadium yang boleh memuatkan 50,000 penyokong itu akan menjadi tuan rumah pertemuan peringkat 16 terakhir antara Jerman dengan Slovakia pada awal pagi Isnin dan aksi suku akhir pada 1 Julai ini.

Pengendali Itali, Antonio Conte menyelar permukaan padang itu sebagai tidak mencapai standard untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Eropah sebelum kekalahan 1-0 pasukannya kepada Republik Ireland, Rabu lalu.

KAKITANGAN baik pulih menggantikan permukaan padang dengan rumput yang baru. - Foto EPA
KAKITANGAN baik pulih menggantikan permukaan padang dengan rumput yang baru. - Foto EPA

Ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps, berkata ia amat 'memalukan' untuk beraksi di Stadium Lille ketika Les Bleus terikat tanpa jaringan dengan Switzerland minggu ini, yang mana beberapa pemain sering tergelincir di atas padang terbabit. - AFP

Berita Harian X