Ahad, 5 Jun 2016 | 7:56pm

Moto2: Hafizh Syahrin raih tempat ke-4 GP Catalunya

PELUMBA Moto2, Hafizh Syahrin Abdullah. - Foto BERNAMA
PELUMBA Moto2, Hafizh Syahrin Abdullah. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto2, Hafizh Syahrin Abdullah meraih tempat keempat dalam saingan perlumbaan GP Catalunya, sebentar tadi.

Hafizh ketinggalan 10.777 saat di belakang Johann Zarco yang muncul juara di Litar Catalunya selepas menamatkan perlumbaan dengan 42 minit 31.347 saat.

Sementara itu, nasib berbeza menimpa dua pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi dan Adam Norrodin selepas kedua-duanya gagal menamatkan perlumbaan.

Khairul Idham yang mewakili pasukan Honda Team Asia terjatuh ketika perlumbaan hanya berbaki tiga pusingan selepas melakukan kesilapan di selekoh.

Berita Harian X