Rabu, 1 Jun 2016 | 10:04am

Skuad Euro 2016 - Sepanyol

VICENTE del Bosque. - Foto AFP
VICENTE del Bosque. - Foto AFP

SALZBURG, Austria: Pemain tengah Real Madrid, Isco dan Saul Niguez dari Atletico tidak tersenarai dalam skuad 23 pemain Sepanyol untuk Euro 2016.

Skuad kendalian Vicente del Bosque itu bagaimanapun menampilkan bintang Real, Lucas Vasquez. "Kami cuba untuk mengimbangi skuad," kata Del Bosque menjelang pertemuan persahabatan dengan Korea Selatan di Salzburg hari ini.

"Saya percaya dengan 23 pemain yang dipilih ini, kami boleh berdepan sebarang kemungkinan. Pemain yang tidak dipanggil juga layak berada di sana, tetapi saya hanya boleh menyenaraikan 23 orang."

Pertahanan Arsenal Hector Bellerin, yang tidak tersenarai dalam skuad 25 pemain sebelum ini, dipanggil semula untuk skuad terakhir ini berikutan kecederaan dialami bek Real, Dani Carvajal ketika aksi final Liga Juara-Juara.

"Kami tahu yang kami boleh mengharapkan skuad simpanan pada bila-bila masa dan sebab itulah Bellerin dipanggil," kata Del Bosque.

Selepas beraksi pada final Liga Juara-Juara Sabtu lalu, Sergio Ramos dan Vasquez dari Real serta Juanfran dan Koke dari Atletico adalah kumpulan terakhir yang akan menyertai skuad Sepanyol pada 4 Jun.

Mereka dijangka bersedia untuk perlawanan pemanas badan terakhir bertemu Georgia pada 7 Jun di Getafe, Sepanyol.

Sepanyol akan memulakan kempen Euro 2016 menentang Republik Czech pada 13 Jun, diikuti Turkey dan Croatia dalam saingan Kumpulan D.

Skuad 23 pemain Sepanyol

Penjaga gol: Iker Casillas (Porto), David De Gea (Man United), Sergio Rico (Sevilla)

Pertahanan: Jordi Alba, Gerard Pique, Marc Bartra (Barcelona), Sergio Ramos (Real Madrid), Cesar Azpilicueta (Chelsea), Juanfran (Atletico Madrid), Hector Bellerin (Arsenal)

Tengah: Sergio Busquets, Andres Iniesta (Barcelona), Bruno Soriano (Villarreal), David Silva (Man City), Mikel San Jose (Athletic Bilbao), Koke (Atletico Madrid), Cesc Fabregas (Chelsea), Thiago Alcantara (Bayern Munich)

Strikers: Pedro Rodriguez (Chelsea), Alvaro Morata (Juventus), Aritz Aduriz (Athletic Bilbao), Nolito (Celta Vigo), Lucas Vazquez (Real Madrid)

Berita Harian X