Rabu, 1 Jun 2016 | 8:09am

Skuad Euro 2016 - Republik Ireland

PEMEGANG rekod jaringan terbanyak Republik Ireland, Robbie Keane. - Foto Reuters
PEMEGANG rekod jaringan terbanyak Republik Ireland, Robbie Keane. - Foto Reuters

CORK, Ireland: Pemegang rekod jaringan terbanyak Republik Ireland, Robbie Keane dinamakan dalam skuad 23 pemain Euro 2016 oleh pengurus Martin O'Neill awal pagi tadi selepas pasukan itu tersungkur 2-1 kepada Belarus di Cork.

Kedudukan penyerang LA Galaxy itu kelihatan terancam selepas mengutip kecederaan betis, tetapi dia tetap dinamakan di samping dua penyerang lain Shane Long dan Daryl Murphy.

O'Neill dan pembantunya Roy Keane turut memutuskan untuk membawa pemain Sheffield Wednesday Keiren Westwood sebagai penjaga gol ketiga berbanding David Forde (Millwall), yang memulakan kempen kelayakan Ireland sebagai penjaga gol nombor satu.

Westwood menjadi satu-satunya penjaga gol dalam skuad yang biasa beraksi di peringkat kelab, tatkala Darren Randolph dan Shay Given hanya ditugaskan sebagai penjaga gol simpanan sepanjang musim lalu di West Ham United dan Stoke City.

Ireland akan bertemu Sweden, Itali dan Belgium dalam Kumpulan E kejohanan di Perancis itu. - AFP

Senarai skuad 23 pemain Ireland:

Penjaga Gol: Shay Given (Stoke City), Darren Randolph (West Ham United), Keiren Westwood (Sheffield Wednesday)

Pertahanan: (Cyrus Christie (Derby County), Seamus Coleman (Everton), Richard Keogh (Derby County), Shane Duffy (Blackburn Rovers), John O'Shea (Sunderland), Ciaran Clark (Aston Villa), Stephen Ward (Burnley), Robbie Brady (Norwich City)

Tengah: Aiden McGeady (Sheffield Wednesday), David Meyler (Hull City), Jeff Hendrick (Derby County), Stephen Quinn (Reading), James McCarthy (Everton), Glenn Whelan (Stoke City), Jonathan Walters (Stoke City), Wes Hoolahan (Norwich City), James McClean (West Bromwich Albion)

Penyerang: Shane Long (Southampton), Daryl Murphy (Ipswich Town), Robbie Keane (Los Angeles Galaxy)

Berita Harian X