Rabu, 25 Mei 2016 | 10:59pm
PEMAIN JDT, Juan Lucero meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan pada saingan pertama 16 pasukan terbaik Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam ini. - Foto Mohd Azren Jamaludin
PEMAIN JDT, Juan Lucero meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan pada saingan pertama 16 pasukan terbaik Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam ini. - Foto Mohd Azren Jamaludin

Piala AFC: JDT kenduri gol belasah Kaya FC 7-2

PEMAIN JDT, Jorge Rolando Pereyra Diaz (kiri) diasak pemain Kaya FC, Masanari Omura pada saingan pertama 16 pasukan terbaik Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Piala AFC, Johor Darul Ta'zim (JDT) mara ke suku akhir apabila membelasah Kaya FC dari Filipina 7-2 pada saingan pertama 16 pasukan terbaik Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam ini.

Juan Lucero menjaringkan hatrik buat JDT menerusi satu jaringan pada babak pertama sebelum menambah dua lagi jaringan pada babak kedua.

Azamuddin Akil turut mencipta dua jaringan masing-masing pada minit ke-32 dan 40 sebelum digantikan S Chanthuru.

Jorge Pereyra Diaz dan Mahalli Jasuli turut mencetak nama selaku penjaring masing-masing pada babak pertama dan kedua.

Gol pelawat diperoleh pada minit ke-53 menerusi Jose Elmer Porteria dan Antonio Ugarte dua minit sebelum tamat.

Berita Harian X