Ahad, 22 Mei 2016 | 6:09pm

Moto3: Khairul terjatuh di pusingan terakhir

KUALA LUMPUR: Kesilapan pada pusingan terakhir menghampakan pelumba Honda Racing Asia, Khairul Idham Pawi untuk sekurang-kurangnya menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix (GP) Itali di kelompok 10 teratas, sebentar tadi.

Khairul Idham yang bermula dari barisan pertama petak ketiga terjatuh di pusingan ke-20 yang menyaksikan kemenangan di litar Autodromo del Mugello dimenangi pelumba dari Afrika Selatan, Brad Binder.

Pelumba berusia 20 tahun itu, menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 39 minit 49.382 saat manakala Fabio Di Giannantonio yang beraksi di halaman sendiri berada di tangga kedua, ketinggalan 0.038s di belakang.

Tempat ketiga menjadi milik rakan senegaranya, Francesco Bagnaia dari pasukan ASPAR Mahindra Team Moto3.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara dari pasukan Drive M7 SIC, Adam Norrodin di tangga ke-22, 34.654s ketinggalan di belakang Binder.

Berita Harian X