Sabtu, 14 Mei 2016 | 5:34pm

Sykes ungguli Perlumbaan 1 Superbike Dunia

PELUMBA Kawasaki Racing Team, Tom Sykes (kiri) menerima ucapan tahniah daripada pemenang kedua pelumba pasukan Pata Yamaha Official WorldSBK Team, Alex Lowes selepas memenangi perlumbaan Superpole dua di perlumbaan FIM Superbike World Championship 2016 (WSBK) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini - Foto BERNAMA

SEPANG: Tom Sykes meraih kemenangan keduanya musim ini apabila memenangi Perlumbaan 1 Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sebentar tadi.

Pelumba Kawasaki Racing Team itu mencatat masa sepusingan terpantas 2 minit 3.637 saat selepas memulakan perlumbaan dari petak paling hadapan.

Tempat kedua dimenangi rakan sepasukan yang juga pendahulu carta keseluruhan, Jonathan Rea manakala ketiga menjadi milik Chaz Davies dari pasukan Aruba.it Racing.

Perlumbaan 2 dijadual berlangsung jam 4 petang esok dan selepas sesi pertama tadi, Sykes kekal berada di tangga ketiga dengan 179 mata.

Berita Harian X