Ahad, 1 Mei 2016 | 7:47am

Barcelona benam Betis 2-0, kekal teratas La Liga

PENYERANG Barcelona, Luis Suarez meraikan jaringannya pada perlawanan La Liga menentang Real Betis Balompie di Stadium Benito Villamarin, Sevilla, awal pagi tadi. - Foto AFP
PENYERANG Barcelona, Luis Suarez meraikan jaringannya pada perlawanan La Liga menentang Real Betis Balompie di Stadium Benito Villamarin, Sevilla, awal pagi tadi. - Foto AFP

MADRID: Barcelona kekal di tangga teratas La Liga dengan berbaki dua perlawanan apabila Ivan Rakitic dan Luis Suarez membantu kemenangan 2-0 menewaskan Real Betis yang bermain dengan 10 pemain, awal pagi tadi.

Pada hari yang memberi tekanan kepada semua tiga pasukan yang sedang memburu gelaran takhta liga, Antoine Griezmann daripada bangku simpanan berjaya menyumbang mata dalam kejayaan 1-0 Atletico Madrid menewaskan Rayo Vallecano untuk terus berada di belakang Barca.

Tandukan Gareth Bale pada 10 minit sebelum perlawanan berakhir memberi peluang kepada Real Madrid yang berada di kedudukan ketiga untuk berada satu mata di belakang pendahulu susulan kemenangan 1-0 di Real Sociedad.

Barca perlu menang dalam dua baki perlawanan menentang Espanyol di laman sendiri dan di Granada bagi menjamin kedudukan di takhta liga dan kejayaan menentang Betis membantu mereka meskipun persembahan yang kurang meyakinkan.

"Saya tidak rasa sama ada dua pasukan lagi akan ketinggalan mata jadi kami perlu menang permainan kami," kata pengurus Barca, Luis Enrique.

"Kami perlu memberi tumpuan terhadap diri sendiri, menjadi yang terbaik dalam serangan dan pertahanan dan menamatkan perlawanan seperti mana keyakinan yang kami tunjukkan hari ini."

Pemain pertahanan Betis, Heiko Westermann dibuang padang pada 10 minit sebelum babak pertama berakhir apabila dia menerima kad kuning kedua dalam tempoh tujuh minit apabila menjatuhkan Rakitic. - AFP

Berita Harian X