Ahad, 24 April 2016 | 8:09pm
PELUMBA Moto2 MotoGP, Sam Lowes (tengah) meraikan kejayaannya di atas podium selepas menjuarai Grand Prix Motosikal (MotoGP) Sepanyol, hari ini. Jonas Folger (kiri) di tempat kedua manakala Alex Rins di tempat ketiga. - Foto AFP
PELUMBA Moto2 MotoGP, Sam Lowes (tengah) meraikan kejayaannya di atas podium selepas menjuarai Grand Prix Motosikal (MotoGP) Sepanyol, hari ini. Jonas Folger (kiri) di tempat kedua manakala Alex Rins di tempat ketiga. - Foto AFP

MotoGP Sepanyol: Hafizh di tempat ke-11

JEREZ: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah menebus kehampaan di Amerika Syarikat (AS) apabila menamatkan perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Sepanyol di kedudukan ke-11, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan pelumba pasukan PETRONAS Raceline Malaysia itu kembali mengutip mata kejuaraan berharga selepas gagal melakukannya di MotoGP AS, dua minggu lalu.

Bermula di petak ke-24, penunggang berusia 21 tahun itu memanfaatkan sepenuhnya beberapa insiden kemalangan membabitkan pelumba di hadapannya untuk menamatkan perlumbaan 35.980 saat di belakang pemenang, Sam Lowes dari Britain.

Lima mata yang dipungut di Jerez menyaksikan Hafizh mendaki ke kedudukan kelapan keseluruhan pelumba Moto2 dengan mengumpul 28 mata.

Bagi Lowes yang menamatkan perlumbaan dengan catatan 44 minit 58.624 saat, kemenangan di MotoGP Sepanyol adalah yang pertama buatnya musim ini selepas dua kali menjadi naib juara di AS dan Argentina.

Tempat kedua menjadi milik pelumba Jerman, Jonas Folger manakala pelumba Sepanyol, Alex Rins melengkapkan kedudukan podium di Jerez.

Keputusan Moto2 MotoGP Sepanyol:

1. Sam Lowes (GBR) Federal Oil Gresini Moto2, Kalex, 44'58.624 saat (s)

2. Jonas Folger (GER) Dynavolt Intact GP, Kalex, +2.480s

3. Alex Rins (SPA) Paginas Amarillas HP 40, Kalex, +8.113s

4. Franco Morbidelli (ITA) Estrella Galicia 0,0 Marc VDS, Kalex, +10.659s

5. Johann Zarco (FRA) Ajo Motorsport Kalex, +14.594s

6. Thomas Luthi (SWI) Garage Plus Interwetten, Kalex, +16.019s

7. Takaaki Nakagami (JPN) IDEMITSU Honda Team Asia, Kalex, +16.352s

8. Dominique Aegerter (SWI) CarXpert Interwetten, Kalex +18.433s

9. Luis Salom (SPA) SAG Team Kalex, +21.502s

10. Xavier Simeon (BEL) QMMF Racing Team Speed Up, +31.300s

11. HAFIZH SYAHRIN (MAL) PETRONAS RACELINE MALAYSIA, KALEX, 151.3 +35.980s

Berita Harian X