Ahad, 24 April 2016 | 6:31pm
PELUMBA pasukan Red Bull KTM Ajo, Brad Binder (tengah) muncul juara diikuti tempat kedua, Nicola Bulega (kiri) dan Francesco Bagnaia (ketiga) pada saingan Moto3 Grand Prix Motosikal (MotoGP) Sepanyol di Litar Jerez, hari ini. - Foto AFP

MotoGP Sepanyol: Khairul di tempat ke-14, Adam ke-16

JEREZ, Sepanyol: Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi memperbaiki kedudukan yang dicatat di Amerika Syarikat dua minggu lalu apabila meraih tempat ke-14 pada saingan Moto3 Grand Prix Motosikal (MotoGP) Sepanyol di Litar Jerez, sebentar tadi.

Bermula di petak ke-24, dia yang lebih mesra dengan panggilan Super KIP berjaya memecut untuk meraih dua mata, namun ketinggalan 35.746 saat di belakang pemenang, Brad Binder dari Red Bull KTM Ajo yang melepasi garisan penamat dengan catatan masa 41 minit 29.882 saat.

Tempat kedua diraih pelumba Sky Racing Team VR46, Nicola Bulega yang ketinggalan 3.336 saat manakala tempat ketiga, milik pelumba ASPAR Mahindra Team Moto3, Francesco Bagnaia dengan catatan +3.441 saat.

Seorang lagi pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin daripada Drive M7 SIC Racing Team gagal meraih sebarang mata apabila sekadar menamatkan perlumbaan di tangga ke-16 dengan catatan +35.907 selepas bermula daripada petak ke-28.

Berita Harian X