Ahad, 24 April 2016 | 7:59am

Jovetic cetus kebangkitan Inter

STEVAN Jovetic. - Foto AP
STEVAN Jovetic. - Foto AP

MILAN: Penyerang Inter Milan, Stevan Jovetic meledak dua gol dalam kemenangan 3-1 ke atas Udinese dalam aksi Serie A, di San Siro, awal pagi tadi.

Inter yang ketinggalan di awal permainan, bangkit meraih kemenangan selesa sekali gus mengukuhkan kedudukan di tangga keempat Serie A.

Pasukan pelawat terlebih dulu di depan apabila penyerangnya, Cyril Thereau melakukan rembatan voli pada minit kesembilan sebelum Jovetic menyamakan kedudukan pada minit ke-36 selepas menyempurnakan hantaran lintang Mauro Icardi.

Jovetic sekali lagi membuktikan ketajamannya di depan gawang apabila menjaringkan gol kedua ketika permainan berbaki 15 minit perlawanan hasil hantaran Jonathan Biabiany.

Pemain gantian Eder melengkapkan kemenangan Inter lima minit sebelum tamat permainan.

Inter ketika ini ketinggalan empat mata di belakang penghuni tangga ketiga, AS Roma dan 18 mata ketinggalan di belakang pendahulu, Juventus. - Reuters

Berita Harian X