Isnin, 4 April 2016 | 12:24pm
WASHINGTON, 3 April -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Makan Malam bersama Kapten-kapten Industri Amerika Syarikat Sabtu malam. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

JUARA perlumbaan Moto3 Grand Prix Argentina, pelumba negara, Khairul Idham Pawi (tengah) dari Honda, bersama rakan sepasukan, pemenang kedua, Jorge Navarro (kiri) dari Sepanyol dan pelumba KTM dari Afrika Selatan, Brad Binder berdiri di atas podium di Litar Termas de Rio Hondo, di Santiago del Estero, Argentina. - Foto AFP

Zahid ucap tahniah kepada Khairul Idham

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada pelumba Malaysia, Khairul Idham Pawi yang memenangi Kejohanan MotoGP Dunia dalam kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina, awal pagi ini.

"Tahniah! Khairul Idham Pawi pelumba negara mjuarai #motoGP3 di Argentina sebentar tadi. Terima kasih harumkan nama negara," katanya dalam catatan terbaharu di laman Twitter beliau hari ini.

Pelumba berusia 17 tahun dari pasukan Honda Team Asia ini mencatat masa 41 minit 35.452 saat dalam 21 pusingan di Litar Termas de Rio Hondo.

Pelumba Sepanyol, Jorge Navarro yang mewakili pasukan Estrella Galicia 0,0 Honda dan pelumba Afrika Selatan, Brad Binder dari Red Bull KTM Ajo masing-masing di tempat kedua dan ketiga dengan catatan 42'1.622 saat dan 42'5.512 saat.

Seorang lagi penunggang Malaysia, Adam Norrodin dari pasukan Drive M7 SIC Racing Team menduduki tangga ke-11 walaupun terbabit dalam kemalangan di selekoh akhir pusingan.

Kemenangan ini menyaksikan Khairul Idham memungut 25 mata untuk berada di tempat keempat sementara Adam kekal di tangga ke-19 dengan lima mata selepas perlumbaan siri kedua kejohanan. - BERNAMA

Berita Harian X