Sabtu, 2 April 2016 | 9:59am

MotoGP: Marquez catat masa terpantas sesi latihan

ELVINA dan Mohd Haniff bersama anak mereka, Karl Mateen, pada majlis akikah dan kesyukuran di Bukit Jelutong, hari ini. - Foto Rohanis Shukri
ELVINA dan Mohd Haniff bersama anak mereka, Karl Mateen, pada majlis akikah dan kesyukuran di Bukit Jelutong, hari ini. - Foto Rohanis Shukri

TERMAS DE RIO HONDO (ARGENTINA): Juara dunia dua kali, Marc Marquez merakamkan masa terpantas pada sesi latihan Grand Prix (GP) Argentina, sekali gus menyaksikan penguasaan Honda ke atas Yamaha di litar yang dikritik hebat kerana keadaan yang buruk.

Pelumba Sepanyol, Marquez yang memenangi gelaran juara di Rio Hondo pada 2014 mencatat 1 minit 41.579 saat dengan rakan sepasukan, Dani Pedrosa ketinggalan 0.025s untuk tempat kedua.

Maverick Vinales daripada pasukan Suzuki mencatat masa ketiga terpantas.

"Saya fikir keadaan akan banyak berubah pada perlumbaan sebenar, malah daripada sesi pertama ke sesi kedua kami melihat permukaan bertambah baik biarpun tidak sebanyak yang kami jangkakan.

"Setakat ini keadaan litar adalah terburuk berbanding musim lalu, jadi ia mungkin lebih mencabar kali ini," kata Marquez.

Juara dunia, Jorge Lorenzo yang memenangi perlumbaan pembukaan di Qatar hanya mampu mencatat masa ke-14 terpantas, ketinggalan 1.24s di belakang Marquez.

Lorenzo, 28, sentiasa bergelut di Rio Hondo apabila dia sekadar menamatkan perlumbaan 2014 di tempat kelima dan ketiga tahun lalu.

"Litar adalah lebih buruk berbanding tahun lalu dan saya tidak tahu kenapa. Litar masih kurang cengkaman.

"Ia menyaksikan pencabar kami lebih baik dalam keadaan ini. Kami harap tidak hujan esok dan ia boleh meningkat sedikit prestasi kami, kata Lorenzo.

Rakan sepasukannya, Valentino Rossi yang membuat penampilan untuk tahun ke-20 dalam perlumbaan kejuaraan dunia dan juara di Argentina pada 2015 menamatkan sesi latihan di tempat ketujuh terpantas, 0.986s di belakang Marquez. - Agensi

Berita Harian X