Sabtu, 20 Februari 2016 | 11:01pm

Sabah bangkit temui rentak kemenangan

PEMAIN sayap Sabah, Maximus Musa (kiri) diasak pertahanan KL MOF FC pada perlawanan Piala FA di Stadium Likas, Kota Kinabalu. - Foto Edmund Samunting
PEMAIN sayap Sabah, Maximus Musa (kiri) diasak pertahanan KL MOF FC pada perlawanan Piala FA di Stadium Likas, Kota Kinabalu. - Foto Edmund Samunting

KOTA KINABALU: Sabah menempah slot ke pusingan ketiga Piala FA selepas mudah membenam KL MOF FC 3-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas, sebentar tadi.

Sabah yang tewas dua perlawanan Liga Perdana sebelum ini akhirnya berjaya mencipta momentum kemenangan dan tidak perlu menunggu lama apabila Prince Nnake membolehkan pasukan tuan rumah mendahului 1-0.

Sang Badak terus garang apabila Nnake sekali lagi meledak gol untuk gol kedua Sabah seminit selepas babak kedua bersambung dengan jaringan Maxsius Musa pada minit ke-62 menambah derita pasukan yang beraksi di Liga FAM itu.

Nyata keputusan ini sedikit sebanyak melegakan pengendalinya, Vjeran Simunic selepas aksi hambar pasukannya dalam dua aksi liga sebelum ini menyebabkan dia dikritik hebat oleh penyokong setia Sabah.

Berita Harian X