Sabtu, 19 Disember 2015 | 8:58am

Schalke menang tipis ke atas Hoffenheim

PEMAIN Schalke, Eric Maxim Choupo-Moting (kanan) bersaing dengan pemain Hoffenheim, Tarik Elyounoussi pada aksi Bundesliga di Gelsenkirchen, Jerman. - Foto EPA
PEMAIN Schalke, Eric Maxim Choupo-Moting (kanan) bersaing dengan pemain Hoffenheim, Tarik Elyounoussi pada aksi Bundesliga di Gelsenkirchen, Jerman. - Foto EPA

BERLIN: Gol tunggal Eric Maxim Choupo-Moting membolehkan Schalke 04 mencipta kemenangan 1-0 berdepan pasukan sedang bergelut, Hoffenheim dalam aksi terakhir kedua-dua pasukan itu saingan Bundesliga tahun ini, malam tadi.

Kelab dari Gelsenkirchen itu hanya berjaya mencatat satu kemenangan dalam tujuh penampilan sebelum ini untuk meletakkan tekanan terhadap jurulatih Andre Breitenreiter, namun jaringan penyerang Cameroon, Choupo-Moting pada minit ke-28 memberikan Schalke kelebihan pada babak pertama.

Johannes Geis melakukan hantaran lintang dari sebelah kanan ke penjuru dan tidak jelas sama ada ia terkena Choupo-Moting atau pertahanan Hoffenheim dari Republik Czech, Pavel Kaderabek.

Sebelum itu Leon Goretzka menyepak liar dan cubaan Klaas-Jan Huntelaar diselamatkan Oliver Baumann, ketika Hoffenheim meningkat selepas rehat babak pertama, mereka tampak tidak mampu menyamakan kedudukan walaupun cubaan Eduardo Vargas sedikit tersasar.

Schalke kini berkedudukan keempat sebelum perlawanan lain hari ini, walaupun mereka hanya tiga mata berbanding pasukan tangga kelapan Mainz.

Sementara itu, skuad kendalian Huub Stevens, Hoffenheim kekal dalam zon penyingkiran, satu mata kurang daripada zon selamat. - AFP

Berita Harian X