Ahad, 6 Disember 2015 | 9:11pm
ANTARA penyokong Selangor yang hadir di Stadium Shah Alam bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir keduaPiala Malaysia 2015‬ di antara Selangor dengan Pahang. - Foto Osman Adnan
ANTARA penyokong Selangor yang hadir di Stadium Shah Alam bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir keduaPiala Malaysia 2015‬ di antara Selangor dengan Pahang. - Foto Osman Adnan

Piala Malaysia: Selangor dahului 1-0

KUALA LUMPUR: Debaran separuh akhir kedua Piala Malaysia membabitkan pertembungan empat pasukan - Selangor-Pahang dan Kedah-FELDA United FC, malam ini semakin memuncak.

Di Stadium Shah Alam, kira-kira 50,000 penonton memenuhi stadium menyaksikan pertembungan musuh tradisi, Selangor dan Pahang.

Selangor menurunkan Robert Cornthwaite, Md Shahrom Kalam, Andik Vermansah, Leandro Dos Santos, Muhd Nazmi Faiz Mansor, Ahmad Hazwan Bakri, Guilherme De Paula, Abdul Hadi Yahaya, Mohd Raimi Mohd Nor, Md Hazrif Nasrulhaq, Norazlan Razali untuk menggapai 'Misi 33'.

Juara bertahan Pahang menyenaraikan Md Khairul Azhan, Mohd Saiful Nizam, Damion Stewart, Aziz Ismail, Zesh Rehman, R Surendren, Matias Conti, Dickson Nwakaeme, Azamuddin Akil, Mohd Hafiz, Matthew Davies bagi memastikan layak ke final sekali gus mempertahankan piala berprestij itu.

Selangor mendahului Pahang 1-0 menerusi jaringan De Paula pada minit ke-10.

Di Stadium Darul Aman pula, kira-kira 30,000 penonton memenuhi stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka, Kedah yang ditentang pasukan pelawat, FELDA United.

Kedah yang kali terakhir menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2008 dibarisi Mohamad Firdausi, Bang Seungwhan, Shafizan Hashim, Baddrol Bakhtiar, Chidi Edeh, Khairol Helmi, Mohd Rizal, Muhd Syazuan, Mohd Syazwan, Liridon Krasniqi, Sandro Da Silva

FELDA United pula Md Farizal Harun, Shaharul Saad, Bojan Miladinovic, Adib Aizuddin, Zah Rahan Krangar, Ahmad Syamim Yahya, Mohd Syukor Adan, Md Firdaus Md Fauzi, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Hadin Azman, Tiago Fernandes

Berita Harian X