Jumaat, 20 November 2015 | 8:16pm

TMJ selamat tiba di Johor, disambut juara Piala AFC

PENAUNG Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bersama pemain JDT, Safiq Rahim (kiri) dan Aidil Zafuan. - Foto Ihsan Johor Southern Tigers
PENAUNG Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bersama pemain JDT, Safiq Rahim (kiri) dan Aidil Zafuan. - Foto Ihsan Johor Southern Tigers

KUALA LUMPUR: Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, selamat tiba di Johor Bahru, kira-kira jam 4 petang tadi, selepas melalui perjalanan panjang daripada Argentina.

Dan ketibaan Tunku Mahkota Johor ini disambut meriah oleh pengurusan dan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang berjaya menjuarai Piala AFC 2015 di Dushanbe, Tajikistan pada 31 Oktober lalu.

Mengikut entri terbaharu laman facebook rasmi pasukan berkenaan, Johor Southern Tigers, baginda turut dipersembahkan dengan trofi kejuaraan berkenaan.

Ia diserahkan sendiri oleh ketua pasukan JDT, Safiq Rahim bersama Aidil Zafuan di perkarangan Istana Bukit Pelangi.

"Jelas bahawa detik tersebut amat dinanti-nantikan oleh para pemain yang ingin Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor itu menerima penghormatan tersebut.

"Luaskan Kuasamu Johor," menurut entri berkenaan.

Berita Harian X