Ahad, 8 November 2015 | 11:42pm

Villa ikat City di Villa Park

PEMAIN Aston Villa, Jordan Ayew (kiri) bersaing dengan pemain Mancester City, Nicolas Otamendi pada aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris sebentar tadi. - Foto REUTERS
PEMAIN Aston Villa, Jordan Ayew (kiri) bersaing dengan pemain Mancester City, Nicolas Otamendi pada aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris sebentar tadi. - Foto REUTERS

LONDON: Manchester City terpaksa berpuas hati membawa pulang satu mata selepas diikat tuan rumah, Aston Villa, 0-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park yang berakhir sebentar tadi.

Keputusan itu bagaimanapun terus meletakkan skuad bimbingan Manuel Pellegrini di persada liga, selepas berjaya menghimpun 26 mata, lebih satu berbanding pesaing terdekatnya, Arsenal selepas 12 perlawanan.

Namun skuad The Gunners yang dibimbing Arsene Wengers itu mampu memintas The Citizens andainya mengutip mata penuh apabila melayang kunjungan Tottenham Hotspur di Emirates, pada jam 12 tengah malam ini, waktu Malaysia.

Buat Villa, kejayaan mengutip satu mata itu tidak mengubah kedudukan mereka yang kini terus berada di tempat tercorot EPL.

Sementara itu, selain Arsenal-Tottenham, satu lagi aksi jam pada 12 tengah malam ini adalah membabitkan Liverpool-Crystal Palace di Anfield.

- AGENSI

Berita Harian X